Tuesday, May 25, 2021

Penghidap HIV diberi keutamaan terima vaksin.

 By: Megat Harris Iskandar



Majlis AIDS Malaysia (MAC) menggesa kerajaan mewujudkan satu garis panduan khusus yang memberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti HIV, untuk menerima vaksin COVID-19.

Presidennya Datuk Dr Christopher Lee berkata program imunisasi adalah bagi memastikan komuniti kelompok diwujudkan dalam komuniti bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, sekali gus menamatkan pandemik.

Disyorkan semua mereka dengan HIV menjalani vaksinasi, tanpa mengira turutan CD4 (jenis sel darah putih dalam sistem imun) selaras dengan garis panduan antarabangsa.

Vaksin ini selamat bagi penghidap HIV dan dengan ketibaan vaksin Covid-19 di Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, pihak majlis berpegang pada pengecualian semasa nasional dan antarabangsa yang dibuat oleh pakar perubatan bahawa 'Orang yang Hidup dengan HIV' (PLHIV) boleh mendapat vaksinasi Covid-19 dengan selamat.

Menurut kenyataan itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, seharusnya tidak ada sebarang sebab untuk menafikan PLHIV daripada diberikan vaksin.


Kenyataan media KKM 25 mei 2021


by: Hanis Sophia 



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC) melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351 dan varian India B.1.617.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian India B.1.671 adalah sebanyak enam kes.


"12 kes baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor.



"Satu kes baharu warganegara yang dijangkiti varian India B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Labuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Dr Noor Hisham, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.


"Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti," jelasnya.


Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau 'PKP Kendiri' dengan penuh tanggungjawab bagi tempoh dua minggu ini.

COVID-19: Bersedia hadapi keadaan paling buruk - Dr Noor Hisham

 by: Hanis Sophia 


KUALA LUMPUR: Dengan peningkatan graf jangkitan kes COVID-19 yang tinggi di Malaysia ketika ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai supaya bersedia untuk menghadapi keadaan paling buruk.

 

"Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan paling buruk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan," katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

 

 

Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

 

 

Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu COVID-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam.

Hari ini, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam.



Malaysia mencatatkan rekod jangkitan harian paling tertinggi.

 By : Nurul Husna Binti Mohammad Hysham 




Penularan  wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 7,289 kes baharu pada Selasa. Ia menjadikan keseluruhan 525,889 kes setakat ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah jangkitan sebanyak 7,289 kes merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini. Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,642 kes. Ia diikuti Johor (664), Kuala Lumpur (604) dan Sarawak (513).