Friday, May 21, 2021

Kenyataan Akhbar KPK 21 Mei 2021

 By: Nurul Husna 


Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



Sebanyak 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, lapan (8) kes di Sarawak, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu, elakkan 3S kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat dan amalkan 3W iaitu amalkan wash, wear dan warn. Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.


All those entering the country will have to bear the cost of mandatory quarantine

 

By : Nurul Husna Binti Mohammad Hysham 

All those entering the country will have to bear the cost of mandatory quarantine and are to sign a letter agreeing to pay before they can make the trip to Malaysia, says Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

The Senior Minister said with the latest policy, Malaysians would pay half the cost of quarantine services while non-citizens, including spouses and family members of Malaysian citizens, had to bear the full cost.

“This will take effect from June 1 as Malaysia will continue to impose compulsory quarantine on those who return from abroad to prevent the spread of Covid-19,” he said at his daily media briefing yesterday.

Ismail Sabri said the National Security Council had decided that Malaysian citizens would pay 50% of the full charges of RM150 per day. While Non-citizens, including spouses and dependents of Malaysian citizens, will have to pay the full amount.

The council had also decided that those who wanted to come to Malaysia would have to sign a letter of undertaking, which states their agreement to bear the quarantine costs. The signing of the letter can be done at Malaysian embassies and high commissions. After the agreement is signed, the office will also issue a letter permitting them to return to Malaysia.

Then, he also said the Immigration Department would play its part to ensure returnees were aware of the new condition set by the government. The Immigration will be issuing a directive to all airline companies to make it a condition for passengers disembarking in Malaysia to have this letter of undertaking with them.

Since April 3, the government had enforced compulsory quarantine for all Malaysians returning from abroad. To date, 38,371 Malaysians who returned from overseas had been quarantined. Out of the figure, 30,200 individuals had completed the process and were allowed to go home.

Those who refused to pay will have their Immigration facilities revoked, which will see them having to make more frequent trips to the department to renew their passes to stay in Malaysia. On the return of Malaysia My Second Home (MM2H) participants, Ismail Sabri said they would have to apply to come back to Malaysia.

Earlier, the government said it would allow MM2H participants stranded abroad to return to Malaysia with some conditions. Among them are that they must undergo Covid-19 testing at the place they are presently in and must be certified free of the disease before they are allowed to fly back in.


Untuk mendapatkan vaksin tidak dibenarkan "walk in"

 By : Nurul Husna Binti Mohammad Hysham 


Pemberian vaksin secara 'walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, kata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menunggu di mana-mana PPV termasuk di PPV AstraZeneca dengan harapan untuk mendapatkan vaksin yang tidak digunakan akibat ketidakhadiran penerima vaksin berjadual pada hari ditetapkan.

CITF berkata, pihaknya sudah membangunkan satu mekanisme untuk menghindari pembaziran vaksin tanpa mengganggu perancangan logistik di PPV, selain dapat mengelakkan kesesakan terutama ketika kes COVID-19 harian meningkat.

"Secara amnya, semua PPV akan mempunyai senarai individu daripada pangkalan data yang akan mereka hubungi melalui pesanan ringkas atau telefon.

"Individu yang dihubungi akan ditanya sama ada mereka berminat mendapatkan vaksin dan sama ada mereka dapat hadir ke PPV pada hari itu juga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

CITF berkata, bagi PPV AstraZeneca pula, satu senarai menunggu iaitu senarai nama mereka yang sudah menempah slot menunggu ketika penempahan untuk suntikan vaksin AstraZeneca digunakan sebagai asas.

"Mereka yang dipilih menerusi senarai ini akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.

"Jadi, CITF ingin menggesa orang ramai tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan janji temu serta tidak perlu berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu," katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial orang ramai bersesak di hadapan pintu pagar PPV Dewan Sri Guchil, Kuala Krai, di Kelantan yang berpunca daripada mereka yang sedang menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk in'.