- Kes sembuh : 3,587 kes (452,821 kes kumulatif, 88.4%);
- Kes baharu :6,976 kes (512,091 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,971 kes [6,324 warganegara (90.7%); 647 bukan warganegara (9.3%)];
- Kes aktif : 57,022 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :681 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 361 kes;
- Kes kematian : 49 kes (2,248 kes kumulatif, 0.44%; 48 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,025 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,469 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 556 kluster.
Sebanyak 49 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 14 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Pulau Pinang dan Melaka, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis.
Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan pelbagai strategi bagi mengurangkan lagi pergerakan di kalangan masyarakat. Langkah yang diumumkan adalah antara tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, memberi ruang kepada KKM untuk menjalankan pelbagai aktiviti kawalan kesihatan awam di lapangan serta meningkatkan lagi kapasiti operasi bagi menghadapi gelombang kes-kes COVID-19 yang didapati masih terus meningkat.
Namun begitu, yang paling mustahak bagi menentukan kejayaan tindakan yang diperkenalkan adalah pematuhan oleh pelbagai pihak dari semua lapisan masyarakat dan segmen. Misalnya, majikan dan jabatan-jabatan adalah dimohon untuk bekerjasama dengan arahan serta Garis Panduan Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini bagi memastikan pekerja yang hadir ke tempat kerja adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan


