By : Nurul Husna
Terdapat
36 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, enam
(6) kes di Pulau Pinang,masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Kedah, empat
(4) kes di WP Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Perak, masing-masing dua (2) kes di
Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu (1) kes di Pahang.
KKM
mengambil maklum terdapat pandangan berkenaan penggunaan produk Ivermectin
sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19. KKM ingin menasihatkan orang ramai
supaya tidak mengambil Ivermectin untuk tujuan tersebut berikutan tiada data
klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan
pencegahan COVID-19. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan
bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.
Untuk
makluman, Food Drug Administration (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin
bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan COVID-19. Perkara ini telah
dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk ‘Why You Should Not Use
Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19’ bertarikh 3 Mei 2021. Selain itu,
European Medicines Agency (EMA) juga mengambil pendekatan yang sama iaitu belum
mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 susulan tiada data
klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut dalam
merawat atau mencegah COVID-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk ‘EMA
Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of COVID-19
Outside Randomised Clinical Trials’ pada 22 Mac 2021.
Setakat
ini, World Heatlh Organization (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai
rawatan COVID-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan
dalam artikel yang bertajuk ‘WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat
COVID-19 Within Clinical Trials’ pada 31 Mac 2021. Oleh itu, memandangkan
penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan
untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan
klinikal sahaja di Malaysia.
KKM
sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam
mengharungi pandemik COVID-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan
dan pencegahan COVID-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini.
Pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) adalah langkah yang paling
efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia.


