Friday, May 21, 2021

Kenyataan Akhbar KPK 21 Mei 2021

 By: Nurul Husna 


Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



Sebanyak 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, lapan (8) kes di Sarawak, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu, elakkan 3S kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat dan amalkan 3W iaitu amalkan wash, wear dan warn. Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.


0 Comments:

Post a Comment