By: Nanthini Suresh
Pada hari ini, MKN telah
mengeluarkan 2 maklumat penting melalu kenyataan media. Kerajaan bersetuju
untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 Mukim
di Kota Setar, Kedah yang akan berkuatkuasa pada 19 Mei sehingga 1 Jun 2021. Selain
itu, kerajaan juga akan melaksanakan PKPD di Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong,
Bachok dan di Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu yang akan
berkuatkuasa pada 19 Mei sehingga 1 Jun 2021. Pelaksanaan PKPD ini untuk
memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan
kes COVID-19 ke kawasan lain.
Kerajaan sebelum ini telah
melaksanakan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang yang dijadualkan
tamat pada 18 Mei 2021 ini. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai
agensi dalam Jawatankuasa Teknikan PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju
melanjutkan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang bermula 19 Mei
sehingga 25 Me 2021.
Pelanjutan PKPD itu juga
dilaksanakan di Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan, Sarikei,
Sarawak sehingga 26 Mei 2021. Pelanjutan PKPD ini dilakukan kerana masih
terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk tersebut.
PKPD yang dilaksanakan di Kapung
Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin Pahang akan ditamatkan pada 17
Mei 2021. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam
Jawatankuasa Teknikan PKP dan atas nasihat KKM, keputusan untuk menamatkan PKPD
diambil.
Task Force Operasi Pemantuhan
yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,829
pemeriksaan pada 18 Mei 2021 bagi memantau SOP Perintah Kawalan Pergerakan.
Seramai 3,389 Pasukan Pemantauan telah membuat pemantauan atas pasaraya,
restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan dan penjaja. Dalam pemeriksaana
tersebut, seramai 569 individu telah ditahan atas ingkar SOP. Seramai 466
individu telah dikompaun manakala direman.
Selain itu, sebanyak 50 operasi
sanitasi dilakukan meliputi 28 zon merah, 2 dari zon jingga, dan 3 dari zon
kuning di seluruh negara. Operasi sanitasi ini melibatkan 279 anggota Jabatan
Bomba dan Pneyelamat Malaysia (JBPM) dan 90 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta
46 buah jentera JBPM.

0 Comments:
Post a Comment