By: Nurul Husna
Terdapat
22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Selangor, lima
(5) kesdi Kelantan, tiga (3) kes di Johor, masing-masing dua (2) kes di Perak
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di
Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pahang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan menerima keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, di mana Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Meskipun
begitu, KKM juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada
sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan ini
terpaksa diambil Kerajaan memandangkan penularan COVID-19 didapati semakin
meruncing di dalam negara. Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499
kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat 11 Mei 2021, Malaysia
sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh
mencetuskan suatu krisis nasional.

0 Comments:
Post a Comment