Thursday, June 3, 2021

KOKEDAMA

 By: Megat Harris

A vase of flowers on a table

Description automatically generated


Kokedama yang bermaksud bebola lumut merupakan satu teknik penanaman yang popular di Jepun dan kini berkembang ke seluruh dunia. Kombinasi daripada teknik tanaman tradisional Jepun iaitu nearai, bonsai dan kusamono.

Melalui teknik ini, akar pokok dibalut dengan media tanaman kemudian dilitupi lumut sebelum diikat menggunakan tali dan mengubahnya menjadi bentuk arca. Kokedama boleh dijadikan tanaman hiasan secara gantung atau diletakkan pada bekas termasuk barangan terpakai seperti tempurung kelapa dan sabut kelapa.

Kokedama semakin digemari terutama peminat tanaman hiasan kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah menjimatkan kos. Bahan yang diperlukan hanyalah tanah campuran, spaghnum atau lumut hijau, pokok hiasan, air, tali, gunting dan sabut. Semua media tanaman ini dikepalkan menjadi bebola dengan campuran sedikit air untuk menjadikannya mampat. 

Seterusnya, masukkan pokok di dalam kokedama tersebut. Bahagian luar dilapisi lumut dan benang yang dibentuk seperti jarring bagi menghalang tanah campuran daripada gugur dan terlepas daripada bebola. Proses ini biasanya mengambil masa 45 minit sehingga satu jam sebelum ia sedia diletakkan di atas piring khas dan dijadikan perhiasan. 

Kebanyakan pokok yang dipilih adalah jenis tumbuhan yang sesuai ditanam di dalam rumah dan tidak memerlukan banyak cahaya matahari. Cara penjagaan dan keperluan pokok adalah penting. Hal ini demikian kerana sesetengah pokok mengalami masalah apabila dimasukkan ke dalam  kokedama disebabkan ukurannya. Bagi pokok yang kurang memerlukan air seperti kaktus, ia hanya perlu disembur di bahagian luar kokedama. Kaktus tidak memerlukan air yang banyak kerana ia boleh merosakkan pokok.


A close up of a purple flower

Description automatically generated

0 Comments:

Post a Comment