By: Megat Harris Iskandar
Seorang pengguna Facebook, Guuhaan Guhan, turut mempersoalkan mengapa orang ramai perlu membuat pembelian panik memandangkan kedai runcit masih dibuka dalam tempoh lockdown.
“Kenapa perlu beli barang sekarang? Kedai runcit dan pasaraya yang lain masih dibuka dan orang ramai boleh beli semasa ‘total lockdown nanti. Kenapa semua sedang panik dan tergesa-gesa?” katanya.
Bagi Emy Dayana pula, dia meminta rakyat untuk bertenang memandangkan masih ada kedai dibuka ketika tempoh itu.
“Masih ada orang yang tidak faham ya. Bawa bertenang, pasaraya tidak tutup sepanjang ‘lockdown’ nanti.
“Semua yang beratur ni memang berpakat mahu borong semua barang macam tiada hari esok? Bawa bertenang semua, kes makin tinggi,” jelasnya.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa Malaysia bakal menjalani total ‘lockdown’ yang akan dijalankan selama 14 hari dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

0 Comments:
Post a Comment