Saturday, May 22, 2021

22 Mei 2021: Kenyataan Media Majlis Kementerian Negara

 By: Nanthini Suresh



Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah mengumumkan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan menambah sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Ekoran dengan itu, kerajaan telah mewujudkan Pasukan Khas (Task Force) yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneliti perkara yang melibatkan kepentingan kesihatan dan kesejaterahan rakyat.

Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan telah memgumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beberapa sekatan yang lebih ketat berdasarkan kepada situasi semasa pandemik COVID-19 di Malaysia.

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan yang lengkap dalam masa terdekat dengan perincian kepada perkara-perkara berkaitan.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyatakan sektor pertanian dan industry makanan akan terus diletakkan sebagai satu perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan beroperasi sepanjang masa dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu.

0 Comments:

Post a Comment