By: Nanthini Suresh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada 22 Mei 2021, jam 12:00 tengah hari. Sebanyak 6,320 kes baru telah dilaporkan hari ini.
Hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,647 kes. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 749 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 654 kes.
Kes sembuh mencatatkan sebanyak 4,694 pada hari ini menjadikan kesemua kes sembuh naik kepada 449,234.
Terdapat 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Perak, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.
KKM juga memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 7 kluster tempat kerja, tujuh (7) kluster komuniti, dua (2) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster dari kumpulan berisiko tinggi.
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan.

0 Comments:
Post a Comment