By: Nia Amira
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini
sejumlah 458,077 kes dilaporkan, sejak Januari tahun lalu.
Beliau
berkata, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,783 kes, disusuli
Kuala Lumpur dengan 521 kes, Johor (467) dan Sarawak serta Pulau Pinang yang
masing-masing mencatatkan 395 kes positif, setakat tengah hari tadi.
Katanya, sebanyak 4,852 kes ialah penularan tempatan dengan 4,494 kes membabitkan warganegara, manakala 358 warga asing dan tiga kes import pula semuanya bukan warganegara. KKM turut mengesan lapan kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster direkodkan sebanyak 1,848 kluster.
Daripada
jumlah itu, katanya, sebanyak 1,391 kluster sudah tamat, manakala 457 kluster
masih aktif. Beliau berkata, sebanyak 99 kluster aktif menunjukkan peningkatan
kes, dengan Kluster Jalan Baling di Perak dan Kedah mencatatkan 90 kes baharu,
diikuti Kluster Jalan Besar Sungai Jawi di Pulau Pinang, Kedah dan Perak
merekodkan 79 kes baharu serta Kluster Jalan Ungku Abdul Aziz di Johor dengan
66 kes baharu.

0 Comments:
Post a Comment