By: Nia Amira Najwa
Terdapat
27 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, lima
(5) kesdi Johor, tiga (3) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Sabah,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang, serta
masing-masing satu (1) kes di Perak, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat
Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Pihak KKM juga ingin
merakamkan sekalung penghargaan khususnya kepada semua petugas barisan hadapan
dan juga balik tabir termasuklah petugas kesihatan KKM dan sukarelawan, Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM), dan pelbagai agensi lain yang komited memberikan perkhidmatan
mereka semasa musim perayaan ini.
KKM
akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga
luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai
akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu
juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah
dilaksanakan secara berterusan.

0 Comments:
Post a Comment