By: Megat Harris Iskandar
Malaysia
merekodkan jumlah kematian akibat COVID-19 tertinggi pada Isnin iaitu sebanyak
61 kes.
Ia menjadikan
jumlah kumulatif kes kematian melibatkan virus itu sebanyak 2,309 kes setakat
ini.
Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan dalam masa sama,
sebanyak 6,509 kes baharu positif COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah
kumulatif adalah 518,600 kes.
Selangor
merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 2,049 kes, diikuti Sarawak (530),
Kelantan (451), serta Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes.
Jelasnya, 3,452
pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 456,273
kes.
Selain itu,
keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 60,018.
Katanya, seramai 711 orang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 369 memerlukan bantuan alat pernafasan.

0 Comments:
Post a Comment