Thursday, May 6, 2021

Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2021

 By: Nurul Husna 


Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,137 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 842 kes (74.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 477 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 391 kes (11.0 peratus).

Sebanyak tiga (3) kes (0.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan yang melibatkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes) dan Kluster Pagar Sri Lalang (1 kes).

Terdapat 19 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima (5) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Johor dan Selangor, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu. Sebanyak 18 kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.


0 Comments:

Post a Comment