Friday, May 7, 2021

Kenyataan Media Majlis Kementerian Negara

 By: Nanthini Suresh



            Pada hari ini, beberapa maklumam penting dikeluarkan oleh Majlis Kementerian Negara (MKN) pada hari ini. Yang pertama ialah  surat Arahan Pengoperasian Pejabat Kerajaan di bawah perintah-perintah kawalan pergerakan.  Surat edaran ini juga terpakai kepada mana-mana Negeri atau Kawasan Tertentu mengikut Jenis Perintah yang diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

            MKN mengeluarkan kenyataan bahawa PKPD Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan dan PKPD Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat, Selangor ditamatkan pada 7 Mei 2021. Selain itu, PKPD Kampung Muhibbah Raya Tawau pula akan ditamatkan pada 8 Mei 2021. Untuk perkampungan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan PKPD akan berkuatkuasa mulai 9 Mei hingga 22 Mei 2021 ini.

            Satu kenyataan tentang Task Force Operasi Pematuhan SOP dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan hari ini. Dalam kenyataan itu, beberapa perkara diulaskan. Pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan SOP atas 65,401 tempat perniagaan setakat 6 Mei 2021. Dalam operasi tersebut, 486 individu telah dikompaun and direman kerana ingkar arahan SOP.

            Mengenai kawalan sempadan pula, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) menjalankan operasi benteng. Mereka berjaya menahan 21 PATI dan merampas 12 kenderaan darat dalam operasi tersebut. 


0 Comments:

Post a Comment