Saturday, May 8, 2021

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

 By: Nia Amira



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes (74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat 68 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 57 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat (4) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes, di mana sebanyak tiga (3) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan. Kluster ini mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April 2020. Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian COVID-19 telah dijalankan pada 10 April 2020. Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


0 Comments:

Post a Comment