By: Megat Harris Iskandar
Malaysia
mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi sejak pandemik Covid-19
dilaporkan di Malaysia iaitu sebanyak 6,075 kes, Jumlah kes harian Covid-19
tertinggi yang pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini adalah sebanyak 5,728
kes iaitu pada 30 Januari 2021.
Jumlah kluster baharu harian juga
turut mencatatkan bilangan tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu sebanyak 22
kluster dari seluruh negar
Bilangan kes kritikal yang
dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini juga adalah yang tertinggi
setakat ini iaitu sebanyak 559 kes dengan kes kumulatif kematian seluruh negara
pula telah mencecah lebih 2,000 kes kematian iaitu sebanyak 2,040 kes.
Diharapkan semua pihak mengambil serius
dengan keinsafan situasi yang melanda negara dan dapat bekerjasama dengan erat
bagi sama-sama kita mengharungi detik sukar memerangi Covid-19 ini sebagai satu
negara yang bersatu.

0 Comments:
Post a Comment