Wednesday, May 12, 2021

Kenyataan Media Majlis Kementerian Negara

 By: Nanthini Suresh




        Pada hari ini, Menteri Kanan Pertahanan mengeluarkan kenyataan media mengenair Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    Dalam kenyataan tersebut, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub, Pahang yang akan berkuatkuasa mulai 12 Mei sehingga 27 Mei 2021. Pelaksanaa PKPD ini bertujuan untuk membolehkan pihak KKM menjalankan saringan awal serta mengesan kontak rapat untuk saringan dan pengasingan.

        MKN  juga memaklumkan bahawa PKPD untuk 3 tempat akan ditamatkan. PKPD di Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching, Sarawak akan ditamatkan pada 14 Mei 2021. Selain itu, PKPD di Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah juga akan ditamatkan pada 14 Mei 2021 ini. PKPD di SMK Melugu, Sri Aman, Sarawak juga dijadualkan tamat pada 13 Mei 2021.

            Task Force Operasi Pemantuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 140,598 pemeriksaan pada 11 Mei 2021 bagi memantau SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam pemeriksaan tersebut, 236 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dimana 235 daripada jumlah individu tersebut itu dikompaun manakala seorang lagi direman.

0 Comments:

Post a Comment