Monday, May 31, 2021

"Perang Laksa" - Ini dia 10 jenis Laksa yang POPULAR di Malaysia

 By: Megat Harris 




‘Perang Laksa’ menjadi bualan warganet di media sosial terutamanya pengguna Facebook dan Twitter apabila berbalah mengenai menu kegemaran Malaysia itu.

Tidak dinafikan, laksa mempunyai pelbagai jenis variasi daripada setiap negeri seperti laksa Johor dan laksa utara.

Perang itu berlaku apabila sesetengah warganet yang membezakan jenis ikan yang digunakan untuk memasak laksa.

Ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai bahan utama laksa.

‘Perang Laksa’ tidak berhenti di situ sahaja apabila ramai warganet di negeri lain turut berkongsi gambar resepi laksa dan mengenai kehebatan laksa negeri masing-masing.

Namun, Laksa mempunyai versi sendiri untuk kebanyakkan negeri. Ada yang jenis berlemak, ada yang rasanya pedas dan ada juga yang berbeza dari segi mi yang digunakan.

Ini dia, Senarai 10 jenis laksa yang terdapat di negara kita:


1. Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis atau dipanggil laksa kola dibuat menggunakan tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar. Tekstur laksa kola juga halus berbanding laksa beras biasa. Kuahnya seakan dengan laksa Penang, cuma tidak terlampau pekat. Laksa "Lagend" ini akan dimakan dengan hirisan timun, bawang dan telur rebus.


2. Laksa Lemak Kedah.

Pernah dengar tak Laksa Lemak Kedah? haaa mesti jarangkan. Laksa ini menggunakan laksa beras sebagai mi dan kuahnya pula merupakan kuah lemak dan warnanya kuning. Bahan utama untuk kuah lemak ini lebih kurang dengan kuah laksa Penang, namun yang berbeza adalah ditambah dengan santan.


3. Laksa Penang

Laksa penang atau dikenali dengan Asam Laksa merupakan laksa dari Penang yang cukup pipulaar. Ia disukai ramai kerana rasa masam dan masin yang sebati. Bahan utama ialah ikan rebus segar, daun kantan, dan bunga kesum. Ada juga yang menambah nanasa yang dikisar. Selain itu, belacan bakar dan isi udang juga di tambah bagi membangkitkan rasa laksa dan sebagai bahan hiasan srta ulaman ia disajikan bersama telur rebus, potongan bawang, limau nipis dan sayur-sayuran yang dihiris halus.


4. Laksa Ipoh

Jarang dilihat tetapi pasti akan teruja untuk mencuba keunikan Laksa Ipoh atau digelar laksa telur bersarang ini sangat terkenal di Ipoh, malah popularitinya juga sudah meluas hingga ke daerah Kuala Kangsar. Kuunikan utama laksa Ipoh ini terletak kepada telur yang digunakan. Ianya merupakan telur dadar yang digoreng dengan teknik yang istimewa, menjadikan bentuk telurnya persis sarang burung.


5. Laksa Mi Pangkor

Laksa Mi Pangkor cukup terkenal di Lumut, Perak. Menariknya, sambal laksa mi Pangkor menggunakan belacan manakala mi adalah sejenis mi khas. Ia boleh menggunakan mi lidi atau spageti dalam penyediaan. Laksa mi Pangkor menggunakan sup ika  kembung, sup ketam atau sup sotong. Keenakkanya terserlah apabiladinikmati bersama sambal udang, kacang panjang dan sedikit lobak masin.


6. Laksa Johor

Laksa Johor merupakan hidangan yang unik kerana ia menggunakan spageti berbeza dengan laksa lain yang menggunakan laksa beras. Kuahnya pula merupakan kuah kari yang pekat dan karum aromanya dan bahan asa untuk kuah ini ialah rempah ratus, ikan parang dan santan. Laksa ini akan disajikan dengan ulam-ulaman sebagai penyedap rasa seperti limau kasturi, bunga kantan, daun selasih,kacang panjang dan taugeh serta sambal turut diletakkan diatasnya.


7. Laksa Terengganu

Di Terengganu, Laksa Terengganu sering menjadi pilihan hidangan berkuah. Ianya hadir dengan dua jenis kuah sama ada mentah atau masak. Kuah mentah merupakan santan yang dicampur air panas tanpa dimasak, ia ditambah lada hitam, isi ikan dan bawang sebagai penyedap rasa.

Kuah yang masak pula, ianya kuah gulai seakan seperti kuah laksa Johor. Mi untuk laksa diperbuat daripada tepung gandum atau laksa beras, sama seperti laksa Penang.


8. Laksam

Laksam adalah hidangan sarapan popular di negeri Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Laksam ini diperbuat daripada galungan kuey teow tebal yang dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada santan yang dimasak bersama ikan rebus. Laksam ini selalunya disajikan bersama sambal cili api atau sambal 'jantan'


9. Laksa Lemak Kelantan

Mi Laksa yang digunakan untuk Laksa Lemak Kelantan sama seperti asam laksa. Apa yang berbeza adalah dari segi penyediaan kuah. Kuah lemak itu dibuat menggunakan santan dan ikan rebus sebagai bahan-bahan utama. Jadi, kuah laksa Kelantan kurang rasa pedasnya dan akan berasa lemak manis serta ia disajikan sengan ulam-ulaman yang terdiri daripada kacang panjang dan timun halus.


10. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak nyata berbeza dengan laksa di negeri lain, kerna ia tidak menggunakan ikan tetapi menggunakan air rebusan ayam dan udang segar. Mi laksanya pula menggunakan bihun dan kekuatan laksa Sarawak adalah pada kuahnya yang berempah dan bahan hiasan yang digunakan. 

0 Comments:

Post a Comment