Thursday, May 27, 2021

Panel Solar di Malaysia

 By: Nia Amira Najwa 

            Panel solar pertama dicipta hampir dua abad yang lalu, dan solar PV dilihat semakin efisien dan mula menjadi tarikan komersial sejak beberapa dekad yang lalu.

            Pada tahun 1950-an – 1960-an, panel solar mempunyai kecekapan serendah 10% saja, bermakna HANYA 10% tenaga yang diserap dari matahari diubah menjadi elektrik.

            Kini, panel solar mampu menukar sekitar 20% tenaga. Kalau anda rasa jumlah tu macam tak banyak, kena ingat yang anda tak perlu membayar untuk cahaya matahari.

            Tenaga solar yang dihasilkan di rumah dapat menjimatkan kos elektrik kerana anda menggunakan elektrik anda sendiri dan bukan membelinya dari grid.

Manfaat sistem panel solar di rumah

            Panel solar merupakan cara yang baik untuk menjana tenaga elektrik anda sendiri. Tenaga suria bukan sahaja menjimatkan wang tetapi turut menyumbang kepada kelestarian alam dan boleh menjana pendapatan sampingan. Berikut adalah 10 manfaat yang boleh anda peroleh dengan panel solar anda sendiri:

  • Penjimatan bil elektrik antara 54% ke 87% setiap bulan bergantung pada bil anda (menurut GSPARX, sebuah anak syarikat milik penuh TNB dan pelabur solar photovoltaic yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (“Sustainable Energy Development Authority” atau SEDA Malaysia).
  • Insentif lumayan oleh kerajaan Malaysia.
  • Insentif 24% elaun cukai pelaburan MIDA bagi syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang membuat permohonan rasmi kepada Insentif Cukai untuk Meningkatkan Pembangunan Hijau – rujuk nota kaki.
  • Pengecualian cukai penjualan 10% jika anda membeli peralatan solar photovoltaic buatan tempatan.
  • Kenaikan nilai hartanah.
  • Ciri sampingan yang baik bagi pengubahsuaian mesra alam rumah anda.
  • Menggunakan ruang yang banyak di atas bumbung secara produktif.
  • Membawa kesan positif kepada alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dan pengeluaran karbon dioksida.
  • Sumber tenaga elektrik yang mampan dan mampu bertahan sehingga 30 tahun.

    Jenis jenis sistem panel solar yang ada di pasaran

    Sistem Solar photovoltaic (PV) Tersambung Grid

    Jika bil elektrik anda sangat tinggi dan ingin mengurangkannya. anda boleh memasang panel solar jenis ini untuk menjimatkan bil elektrik anda.

    Oleh kerana ia bersambung dengan grid kuasa di kawasan anda, satu-satunya kos yang anda perlukan adalah pembelian panel dan peralatan.

    Sistem Solar photovoltaic (PV) Kendiri

    Sistem yang lebih mahal ini berfungsi secara berasingan dari grid dan bergantung kepada bateri yang mahal. Sistem ini lebih sesuai di kawasan yang tidak mempunyai jaringan elektrik yang sempurna. Sistem ini menjimatkan kos membeli talian elektrik di samping menjana tenaga untuk keperluan rumah.


  • Membeli peralatan panel solar di Malaysia tidak semudah mengunjungi mana-mana kedai perkakasan. Mujurlah SEDA Malaysia menyediakan senarai pembekal sistem tenaga solar yang berdaftar dan boleh dipercayai. Buat masa ini terdapat lebih 110 pembekal panel solar PV dan 27 pelabur sistem panel solar PV yang berdaftar dengan SEDA Malaysia.



0 Comments:

Post a Comment