Thursday, May 27, 2021

“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

 




    By : Husna Hysham 

Bangga tayang tak mengikut SOP semasa berada di luar di media sosial.

“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP. Sedang kita tengah bersusah-susah menjaga SOP dan menahan diri untuk keluar rumah, ada saja individu yang mengabaikan saranan daripada KKM ini. Ia adalah susulan tular sebuah video Tiktok seorang gadis BBNU (budak baru nak up) Sarawak yang sering kelihatan keluar bersama kekasihnya di waktu pandemik yang sedang memuncak ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang netizen di laman Twitter, @fatinzakieyya melalui sebuah rajutan yang tular mengatakan bahawa gadis BBNU Sarawak tersebut sering keluar semasa pandemik ini.

Like sis bro, you boleh lagi post dekat TikTok?”

Melalui rajutan ini, pengguna Twitter ini nyata tidak berpuas hati dengan gadis BBNU yang terkenal di TikTok tersebut kerana sewenang-wenangnya keluar semasa musim pandemik ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, perbuatannya itu dirakam dan dimuat naik ke TikTok seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dalam kebanyakan videonya di laman TikTok juga, gadis BBNU ini tidak mengikut SOP seperti memakai pelitup muka dan berada di luar bersama individu yang didakwa adalah kekasihnya.

Nasihat pengguna Twitter ini di video TikTok gadis BBNU itu seperti mana dalam tangkap layar yang ditunjukkan dalam rajutan ini juga sempat dicelah oleh seorang individu dengan mengatakan bahawa @fatinzakieyya cemburu. Namun, perkara tersebut dinafikan oleh beliau kerana ia adalah sebuah komen berbentuk nasihat untuk kebaikan ramai orang.

Tindakan @fatinzakieyya membuat rajutan di Twitter tersebut telah meraih sebanyak 800 ulang ciap dan 50 balasan dari netizen yang turut memberi komen dan nasihat serta menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Ramai yang bersetuju dengan rajutan gadis ini dan menganggap ianya tidak adil sedangkan ramai yang tengah menahan diri untuk keluar semasa musim Covid ini. Ada juga yang menyindir gadis BBNU tersebut dengan ciapan “Kekalkan SOP kecuali bersama gerek (kekasih)”.

Gadis BBNU buat penafian di IG story, katanya keluar atas urusan kerja

Walaupun telah dinasihati oleh netizen dan berharap agar gadis tersebut memadamkan video atau mengungkapkan kata maaf, namun sebaliknya gadis tersebut memuat naik status di IG story nya dengan menyatakan bahawa mereka keluar atas urusan kerja dan tidak memakai pelitup muka atas alasan tiada orang berada di sekeliling mereka pada waktu itu.



0 Comments:

Post a Comment